Sukses


Lirik Lagu Bila Hari Raya Menjelma - Siti Nurhaliza

Bola.com, Jakarta - Lirik lagu Bila Hari Raya Menjelma yang dinyanyikan Siti Nurhaliza. Lagu ini terdapat dalam album Anugerah Aidilfitri, yang memuat lagu-lagu khusus bertema Idulfitri. Album ini dirilis pada 2003, tepatnya satu minggu sebelum Idulfitri 2003.

Berikut lirik lagu Bila Hari Raya Menjelma:

 

Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya

Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya

Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara

Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta

 

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya

Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya

Di pagi hari mulia semuanya bergembira

Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza

 

Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama

Orang jauh janganlah lupa kitalupakan

Sila adik silakan bang sila selera jamu selera

Lemang ketupat dan rendang semua ada

 

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga

Tiba sudah hari raya yang mulia

Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga

Semoga menjadi amalan selama-lamanya

 

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya

Berdoa pada Yang Esa setulusnya

Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan

Di pagi hari yang mulia tetap dikenang

 

Sumber: Kapanlagi.com

Video Populer

Foto Populer